cintai alam

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)


Hari Alam Sekitar Malaysia: Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 18 hingga 24 Oktober 1989 telah memperkukuhkan lagi pengurusan alam sekitar dengan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 21 Oktober 1989.

Sempena tarikh bersejarah ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengishtiarkan 21 Oktober setiap tahun sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia. Sambutan ini diadakan selama seminggu iaitu dari 21 hingga 27 Oktober dan dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).


Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)

Sambutan MASM juga telah dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan alam sekitar negara.

Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta, industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Objektif sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) ini adalah untuk:-
  1. Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai
  2. Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan alam sekitar; dan
  3. Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.
Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)

Tema Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia

Setiap tahun Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia mempunyai temanya yang tersendiri. Senarai tema bagi Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) mengikut tahun adalah seperti berikut:-
  • 1978: Pembangunan di Dalam Lingkungan-lingkungan Alam Sekitar
  • 1979: Alam Sekitar Bermutusuai Untuk Kanak-Kanak
  • 1980: Utamakan Keindahan Alam Semulajadi
  • 1981: Pembangunan Pesat Tanpa Pencemaran
  • 1982: Era Baru Pengurusan Alam Sekitar
  • 1983: Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Adalah Tanggungjawab Kita
  • 1984: Memelihara Sumber Tanah Dari Kemusnahan
  • 1985: Satu Dekad Pengurusan Alam Sekitar
  • 1986: Alam Sekitar Memerlukan Anda
  • 1987: Kenalilah Alam Sekitar Kita
  • 1988: Anda dan Alam Sekitar
  • 1989: Pembangunan Berterusan: Penglibatan Semua
  • 1990: Pembangunan Berterusan: Kini Masa Untuk Bertindak
  • 1991: Alamku Rumahku
  • 1992: Alam Terpelihara Rakyat Sejahtera
  • 1993: Pembangunan Berkualiti Alam Harmoni
  • 1994: Alam Sejahtera Anugerah Semua Amanah Bersama
  • 1995: Alam Warisan Kita Pulihara Bersama
  • 1996: Alam Terpelihara Hidup Sempurna
  • 1997: Alam Gemilang Hidup Cemerlang
  • 1998: Cintai Alam Hargai Kehidupan
  • 1999: Satu Dekad Memperingati Deklarasi Langkawi Alam Sekitar Berkualiti Ke Alaf Baru
  • 2000: Alam Sekitar Dihargai Kesejahteraan Dinikmati
  • 2001: Jangan Mencemar Sungai, Ia Nadi Kehidupan Kita
  • 2002: Ke Arah Teknologi Bersih
  • 2003: Alam Sekitar Bersih Untuk Kehidupan Sejahtera
  • 2004: Alam Sekitar Milik Kita, Amanah Bersama
  • 2005: Memperkasa Bandar Lestari
  • 2006: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
  • 2007: –
  • 2008: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
  • 2009: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
  • 2010: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
  • 2011: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
  • 2012: Terima Kasih di Atas Sumbangan Anda
  • 2013: Perkongsian Pintar Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar
  • 2014: Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari
  • 2015: Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari

Sambutan MASM 2015

Wilayah Persekutuan Kua­la Lumpur dipilih sebagai lokasi penganjuran sam­butan Minggu Alam Se­kitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan 2015. 

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, sambutan itu akan diadakan pada 17 Oktober ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2015

MASM juga akan disambut di peringkat negeri dengan dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dengan kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta, industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Dengan bertemakan Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari program ini diharap dapat memupuk semangat segenap lapisan masyarakat Malaysia dalam membudayakan gaya hidup lestari,” ujarnya lagi.

Aktiviti MASM 2015

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk sam­butan Minggu Alam Se­kitar Malaysia (MASM) 2015. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah enviro-hunt, pertan- dingan fotografi, enviro-doodle, kuiz alam sekitar dan sebagainya.

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2015

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2015

Aktiviti ini dirancang sebagai pemangkin untuk menggalakkan orang ramai melibatkan diri dalam penjagaan alam sekitar.

Melalui penglibatan masyarakat diharapkan ianya dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang lebih terperinci mengenai alam sekitar.

Maklumat dan informasi lanjut di :
Rakan Alam Sekitar @ https://ras.doe.gov.my/v2/ atau https://www.facebook.com/Rakan-Alam-Sekitar

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved