cintai alam

Cinta Kepada Alam Ini


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Blog AlamBlogr. Bersama menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi. Setiap yang dicipta pasti punya fungsi dan peranan tertentu dalam melengkapi kesempurnaan ciptaanNya.

Dari kejadian siang dan malam sehinggalah kepada rupa bentuk alam yang pelbagai, kesemuanya saling lengkap melengkapi dan terus berfungsi mengikut peraturan yang telah ditetapkan untuk kestabilan dan keperluan setiap makhluk yang bernyawa.

Begitu juga dengan setiap hidupan, walaupun pelbagai jenis, rupa dan ragam namun kesemuanya menjadi satu rantaian yang sangat kompleks tetapi sungguh lengkap untuk menghuni alam ini.

Kesemuanya dicipta khusus buat umat manusia! Khalifah yang punya sebab dan peranan untuk berada di muka bumi ini.


Bersama kita lihat, pelajari dan fahami akan ciptaan Maha Pencipta ini melalui perkongsian informasi tentang bumi serta flora dan fauna di alamblogr.blogspot.com untuk sama-sama kita mengenali, memahami, mempelajari, mengagumi, menghargai dan memelihara alam sekitar serta hidupan didalamnya.

Menjelajah dan kembara ke lokasi-lokasi menarik sebagai perkongsian ilmu pengetahuan serta santapan santai mata agar membuka minda untuk mengenali dan melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT serta suasana diseluruh dunia ini.

Semoga perkongsian di Blog AlamBlogr ini dapat memberi manfaat dan menjadi sajian santai untuk mereka yang memerlukan.

Terima Kasih sudi bersama Blog AlamBlogr... "Cintailah Alam Ini"

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved